Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Pergi.........
Saturday 30 September 2017 | 11:10 | 0 BlackWhite
Assalamualaikum w.b.t.

Now playing: Anugerah (Akim&The Majistret)

2 years ago I have lost my brother. And now, 2 days ago my moyang (yoyot) left me. Al fatihah.

Khamis, 28September.

"Hajar nak balik tak? Kalau nak ayah amik."

Sebab fikirkan assignment yang berlambak, so nanti dulu. Rasa nak tunggu esok.
Dan tetiba ternampak gambar arwah abang. Aku kena juga balik, aku taknak terkilan macam dulu.
Klik whatsapp: Ayah. Hajar balik.

That time terus datang hospital, dan terus rasa nak tinggal dan jaga malam tu.

Aku, Nurul, Ibu, dan Moksu yang ada malam itu.

Satu malam langsung tak tidur. Risau. Bacaan yassin dekat 4-5 kali. Kejap bangun kejap duduk. Pergi surau, tahajud sekejap.

4:30; aku tenung yoyot. Sambil ber-kerut.

"Kenapa hajar?" Moksu.

"Kenapa yoyot bernafas 5-6 kali, pastu berhenti-berhenti lama."

Panggil doktor,
"Awak semua kena bersedia lah, panggil ahli keluarga yang lain." Doktor.

Sebab yoyot sepenuhnya bergantung pada oksigen. Jadi, atuk terpaksa buat keputusan adik-baradik anak-anak cucu-cucu untuk buka oksigen keesokannya.

Allah maha adil.

Tiada siapa pon antara kami yang dapat lihat hembusan terakhir yoyot. Padahal baru tinggal beberapa minit. Mungkin taknak kami yang terlalu sedih bertambah sedih.


Tangan ini yang mandi-kan aku ketika bayi.
Tangan ini yang jaga aku ketika bayi.
Tangan ini yang tolong urut-urut.
Tangan ini juga yang aku cari bila ke-kampung.

".........to Allah we belong, and to him we shall," (2;156)
AL-FATIHAH.

Jumaat, 29September2017. Perkuburan 0217.
Mariah Omar
(1919-2017)

Cicit yoyot.

Take care ek?
Friday 18 August 2017 | 09:41 | 0 BlackWhite

 Ek?

Ada someone keep asking me,
"Ek tu dikira dialek johor ke? Kiranya semua ayat belakang ada ek lah eh?"
"Tak nampak macam johor pon, sebab takde ek kat belakang."

Aku pon tak tahu nak jawab macam mana.

Sejak-sejak ramai yang dapat degree kat Johor ni, dok sibuk je tanya dialek johor. Johor ni still bahasa melayu juga, jadi korang cakap jelah bahasa melayu. Makcik pakcik nenek datuk lecturer semua faham. Okay?

Asalkan kau orang jaga diri pon dah cukup.

Ek?

Kiranya sudah berjuta kali dalam sepanjang umur aku 19 tahun ini, aku mendengar ayat 'Jaga Diri'. Tapi yang benar-benar aku mahu bertanya, tapi tak tahu pada siapa. Mungkin utamanya pada diri aku sendiri,

Apakah benar kita pandai dan mampu jaga diri?

Jaga dari apa?

p/s: jaga diri ya.

Boleh lah update sikit. Daripada tak ada langsung.

Do comment here, https://sayat.me/nejihoo :)

Nejiho.

Dulu
Saturday 3 June 2017 | 22:53 | 0 BlackWhite
  Rindu tak?

Alhamdulillah, hari ini sudah ramadhan yang ke-9.

Banyak perkara yang terjadi di sekeliling kita yang diperistiwakan untuk mengajar kita, cuma kita nampak ke tak masalahnya? Atau buat-buat tak nampak?

Kalau dulu, masa kecik-kecik, time umur 5 6 tahun, cikgu tadika cakap bulan-bulan puasa ni semua setan kena ikat. Time tu, budak-budak lagi, bila dengar perkataan 'ikat', dalam kepala otak cuma bayang seekor setan kena ikat leher macam seekor lembu kena ikat kat pokok.

Lurus ek?

Bila dah besar sikit, baru lah tahu rupa-rupa nya setan tu kena 'rantai', bukan kena ikat.

Tapi bila dah lagi besar macam sekarang, yang diikat bukan setan, ia dikategorikan lain pula. Contoh nya, kawan-kawan kita.

Situasi: 1 hari sebelum Ramadhan.

"Weh, bye"

"HAHAHAHA DAH KENAPA TIBA-TIBA?"

"Takpe weh, bye. Tak lama pon, sebulan je."

Masa ni dah tak lurus dah, so aku reply balik;

"Okay bye, duduk neraka leklok".

 Kasar bunyi nya. Tapi ia biasa-biasa saja. Kan cuwek?

"Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai". [Hadith Riwayat Al-Bukhaari dan Muslim]

Terima kasih yang selalu terinspirasi.

Nak menulis untuk berkongsi, tak ada apa yang menarik untuk dikongsi.
Nak menulis untuk memotivasi, aku sendiri pun tak termotivasi.

Selamat menyambut Ramadhan semua.

Do comment here, https://sayat.me/nejihoo :)

Nejiho.


Older Post