Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Ramadhan
Thursday, 3 July 2014 | 22:04 | 0 BlackWhite

BELUM TERLAMBAT.

Selamat menyambut ramadhan manusia di bumi sementara.

Keindahan ramadhan terasa bila seteguk air mengalir ke tekak menghilangkan lelah. Bukan itu. Tapi lagi indah bila kita buat extra amalan yang baik-baik bulan ini. 

Kita sama-sama doa ya? Agar Allah terima setiap amalan kita. Itu lebih penting. Nikmat. Walaupun sebenarnya tak perlu tunggu Ramadhan baru nak buat, tapi aku percaya kalau itu boleh jadi motivasi untuk kita buat extra amalan, tak salah kot. 

Contoh kalau bulan ni kita start untuk tak men-makan-dalam-kan orang, tapi kadang-kadang memang kata-kata aku ni sengaja hendak di-makan-dalam-kan. Ya Allah. Dengan motivasi yang apa pun kita buat bulan ni pahalanya double, kita buat je. Insyaallah bulan-bulan yang lain, kita akan terus tersimpan sifat jaga hati orang itu. 

Mulakan dari hari ini. Bukan senang nak jaga hati orang, tapi sebab tu kena ada azam. Sebab hati orang lain-lain. Sebab hati kita milik Allah. Bukan boleh kita gerak hati dia supaya tak benci kita. Ok? Itu contoh.

Bukan ini sahaja, banyak lagi amalan yang baik kita boleh buat selain ini. Tapi kalau kita buat seikhlas-ikhlas yang boleh, tanpa mengharapkan balasan dunia dan akhirat, oh, itu lagi indah!

Ayat klishe, semoga ramadhan tahun ini lebih indah dari tahun lalu. Ok tipu, aku tukar baik kepada indah. Semoga tabiat buruk aku sepanjang di asrama dapat ubah walaupun sikit.

1) Bangun sahur
2) Mandi awal
3) Rajin sikit

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dengan nada lemah, 
Aku jerit,
Aku rindu.

Ok takde kena-mengena.

Little princess


Older Post | Newer Post