![]() ![]() Skin Made by Aina Hanani Background Founder by Qay Best view in Google Chrome only Cursor by Drikoti & Aina Hanani
| Manusia
Tuesday, 2 December 2014 | 02:39 | 0 BlackWhite
Selamat petang disember.
Terima kasih untuk semua memori, aku dah tinggalkan bumi asputa bagi tahun 2014.
Jadi aku tak nak terlepas peluang untuk tahun 2015.
Semoga berjaya untuk Sijil Pelajaran Malaysia!
Sekarang ni musim hujan, kan? Dah berbulan hujan turun hampir setiap hari. Maka lebih ramai lah penunggang motor yang tersangkut di bawah jambatan. Berteduh.
Mereka ini kental.
Tempoh hari, tak ingat hari apa. Aku terlihat seorang pakcik yang basah lencun. Kemudian datang satu kereta yang tak lah berapa mewah dengan membongkak laju, menyimbah air lopak yang kotor tepat ke pada muka dan seluruh badannya.
Kurang ajar!
Jadi pemandu kenderaan berbumbung, janganlah bongkak, berlagak atau riak di jalanraya. Fikirlah perasaan orang yang memandu tanpa bumbung. Susah ke?
Terpulanglah untuk kau fikir apa-apa.
SAMPAI BILA MANUSIA NAK GUNA KEGANASAN PADA JALANRAYA SEBAGAI JALAN PENYELESAIAN? Kalau aku ada kuasa. Aku taburkan kuasa 'cinta' pada semua orang. Sedih. Lebih baik aku hidup dengan dinasour. Sekurang-kurangnya dinasour ganas sebab takde otak. Hari ini yang ada otak pun sama dengan dinasour.
Atau kura kura?
Kau patut lihat wajah pakcik tua selepas disimbah lopak air kotor itu. Kemudian, bayangkan itu bapak kau. Sedih.
Little princess
|