Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Abang.....
Sunday, 4 October 2015 | 02:18 | 0 BlackWhite
((HAZIQ IQBAL BIN MOHD YAZID))


Aku takde masa arwah abang pergi. Aku cuma datang lambat 20 minit je. 

Nana dan adik bawah aku yang dapat jumpa dan dapat lihat semuanya.

So, dia bagi aku ni.

................................................................

Aku tarik nafas dalam-dalam, tapi sikit pun tak mampu nak melegakan memori yang menyesakkan. Teringat perbualan dengan arwah haziq malam aku jaga dia 2 haribulan 3.45 am last rohnya dalam jasad. 

"Aku penat." Haziq cakap

"Apesal? Kuatlah sikit ziq. Semua nak tengok kau sembuh"

Dia senyum. "Ini bukan penat sebab sakit. Ini sebab, penat mengeluh sakit"

Senyum aku hambar semacam.

"Kau kenapa ni?"

"Entahlah..."

"Come on, kita bukannya baru kenal sehari."

"Kalau kita dah kenal lama, takkan lah kau masih tanya aku kenapa? Aku penat, nana"

Aku telan liur. Haziq hela nafas. Lama dia buang pandang pada luar tingkap hospital.

"Now, listen here." Aku cuba mula beri motivasi.

"Apalah maknanya hidup tanpa ujian?"

Dia diam. Tak ada jawapan untuk tu.

"Aku tahu, kau memang takkan berhenti berlari. Tapi dengar ni, kau tak boleh selamanya macam ni. Kalau berlari ni cara kau, maka jangan berhenti."

"Aku dah takde hala tuju."

"Create lah satu."

"Aku nak lari pergi mana lagi?"

"Syurga."

Malam tu kami sempat berthrowback macam-macam. Dari start kita orang pergi tengok wayang sesama dulu. Panjat gunung sama-sama. Pergi mana-mana sesama. Dia sorang je lelaki yang ada buat teman.

Haziq nak cakap, nak bercerita jugak. Tapi aku tak bagi.

Aku cakap

"Takpe haziq, kau tak payah cakap. Biar aku je yang cakap. Kesian aku tengok kau."

Hm.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Sejak sejak dia sakit. Dia tak pernah rapat dengan aku, gelak pon tak. Padahal dulunya aku paling rapat kehulu kehilir dengan dia. Aku rasa dia dah macam driver aku dah kekadang. Ketawa dengan orang lain boleh je, dengan aku dia macam lain sangat. Aku pon jadi awkward nak ajak bual.

Mungkin, dia jauh kan diri dari aku sebab dia taknak aku rasa kehilangan sangat kot. Kata kata terakhir dia sebelum dia pergi. Dengan nafas tak cukup dia sempat cakap "mak cakap kat hajar, goodluck". Semoga abang tenang kat sana..........al-fatihah.

"Umur kau terlalu muda untuk terima semua ni. Namun Allah lebih menyayangi kau. Aku redha. Mungkin pemergian kau kurang menyakitkan berbanding sakit yang kau tanggung selama kau hidup."

Sejujurnya, aku rindu. Sangat.

".........to Allah we belong, and to him we shall," (2;156)

Semoga roh abang dicucuri rahmat dan bersama-sama orang beriman.

22 Ogos 1995 - 02 Oktober 2015

Adik abang.


Older Post | Newer Post