&












Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Dulu
Saturday, 3 June 2017 | 22:53 | 0 BlackWhite
  Rindu tak?

Alhamdulillah, hari ini sudah ramadhan yang ke-9.

Banyak perkara yang terjadi di sekeliling kita yang diperistiwakan untuk mengajar kita, cuma kita nampak ke tak masalahnya? Atau buat-buat tak nampak?

Kalau dulu, masa kecik-kecik, time umur 5 6 tahun, cikgu tadika cakap bulan-bulan puasa ni semua setan kena ikat. Time tu, budak-budak lagi, bila dengar perkataan 'ikat', dalam kepala otak cuma bayang seekor setan kena ikat leher macam seekor lembu kena ikat kat pokok.

Lurus ek?

Bila dah besar sikit, baru lah tahu rupa-rupa nya setan tu kena 'rantai', bukan kena ikat.

Tapi bila dah lagi besar macam sekarang, yang diikat bukan setan, ia dikategorikan lain pula. Contoh nya, kawan-kawan kita.

Situasi: 1 hari sebelum Ramadhan.

"Weh, bye"

"HAHAHAHA DAH KENAPA TIBA-TIBA?"

"Takpe weh, bye. Tak lama pon, sebulan je."

Masa ni dah tak lurus dah, so aku reply balik;

"Okay bye, duduk neraka leklok".

 Kasar bunyi nya. Tapi ia biasa-biasa saja. Kan cuwek?

"Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai". [Hadith Riwayat Al-Bukhaari dan Muslim]

Terima kasih yang selalu terinspirasi.

Nak menulis untuk berkongsi, tak ada apa yang menarik untuk dikongsi.
Nak menulis untuk memotivasi, aku sendiri pun tak termotivasi.

Selamat menyambut Ramadhan semua.

Do comment here, https://sayat.me/nejihoo :)

Nejiho.


Older Post | Newer Post